Servis Kami | Kilang OEM

ODM / OEM / Perlabelan / Kontrak Pengilangan

Formulasi Siap Sedia

Usahawan baru digalakan memilih formulasi-formulasi yang sedia ada. Ini akan mempercepatkan seluruh proses dan mengurangkan kos pelaburan. kami menyediakan lebih daripada 2000 formulasi OEM dari produk kosmetik dan penjagaan wajah, seperti BB cream, CC cream, day cream, night cream, toner, essence, serum, sampai produk penjagaan kulit seperti lotion, produk spa, massage oil, dan lain-lain lagi.

Formulasi Sendiri

Selain daripada formulasi yang sedia ada, kilang kosmetik OEM kami juga ada pakar-pakar penyelidikan sedia untuk bina formulasi dengan permintaan pelanggan. Pelanggan boleh mengikut kehendak pasaran sendiri dan keluarkan produk eksklusif sendiri. Kami tidak akan berkongsi formulasi eksklusif anda dengan pelanggan lain. Jangan bimbang, perkhidmatan yang kami tawarkan adalah percuma!

Tidak tahu bagaimana untuk memulakan jenama anda sendiri? Jangan bimbang, kami di KILANGOEM bersedia untuk membantu anda. Berikut adalah carta alir proses OEM secara terperinci.

  1. Pilih formulasi sedia-ada atau cipta formulasi baru

Rujuk wakil jualan kami dan pilih sama ada stok formulasi sedia ada kilang kami atau formulasi ciptaan anda sendiri untuk produk anda.

  • Sampel R&D

Sampel akan dihantar kepada anda dalam masa 1-2 minggu dalam keadaan yang bagus

  • Pengesahan Tempahan

Setelah formula akhir dan pembungkusan dikenalpasti, 50% dari jumlah pembayaran perlu dilakukan sebagai deposit sebelum pengeluaran dimulakan.

  • Pengeluaran

Selepas pengeluaran pertama, kilang kami akan mula beroperasi untuk menghasilkan produk anda dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

  • Pendaftaran

Semasa pengeluaran, kami juga akan membantu produk anda untuk mendapatkan lessen-lesen dari pihak-pihak yang berlainan seperti KKM, HALAL serta sijil ujikaji makmal jika diperlukan.

  • Penghantaran

Setelah penghasilan produk siap, kami akan menerima baki bayaran dan menghantar produk kepada anda.S

Penyelidikan / R&D / Testing / Pendaftaran

Penyelidikan (R&D)

Dengan permintaan pelanggan, pakar-pakar penyelidikan kami boleh menganalisi produk-produk OEM di pasaran dan menghasilkan produk yang mirip atau seakan-akan dengan produk yanga da di pasaran (Benchmarking / matching).

Analisis Produk (Product Testing)

Selain daripada R&D, kilang kami menyediakan perkhimatan analisis produk OEM seperti analisis logam berat (heavy metal test), analisis mikrobiologi (microbiological test), analisis hormon (hormone test) dari makmal-makmal yang bertaraf antarabangsa seperti SIRIM.

Pendaftaran

Kakitangan pengawalseliaan kami akan memastikan produk yang dikeluarkan mematuhi segala peraturan dan kami berpengalaman mendaftarkan produk-produk kami. Pendaftaran seperti Notifikasi (Nortification) dari Kementeriaan Kesihatan Malaysia (KKM) dan HALAL dari JAKIM. Selain itu, kami juga bersedia membantu dalam pendaftaran trademark, copyright dan lain-lain lagi. Jika produk pelanggan memerlukan barcode, kami juga boleh dapatkan pendaftaran barcode antarabangsa dengan FMM.S

Penjenamaan / Pemasaran / Reka Bentuk / Pembungkusan

Pasukan pemasaran kilang kosmetik kami bersedia memberi nasihat dan cadangan yang kreatif untuk menaikan jenamaan anda dari beribu-ribu jenamaan di pasaran. Aspek-aspek pemasaran yang kami berpengalaman adalah seperti berikut:

a.) Online

  • Pembinaan minisite ataupun website
  • Facebook marketing (Facebook Advertising)
  • Email marketing
  • Google AdWords
  • YouTube dan mini video
  • Blog

b.) Offline

  • Kedai-kedai retail
  • Majalah
  • Voucher dan flyer
  • Bunting dan banner
  • Radio dan television commercial
  • Papan-papan iklan
  • Penerbitan buku

c.) Reka Bentuk

Pasukan pereka kami boleh menyediakan A-Z perkhidmatan reka bentuk seperti berikut:

  • Logo
  • Produk Konsep dan cerita
  • Bahan cetakan (Flyer, risalah, banner, bunting)
  • Produk shooting
  • Bahan pembungkusan (stiker, kotak, tag)

d.) Pembungkusan

Dalam kosmetik, banyak jenis bahan pembungkusan digunakan seperti berikut:

  • Botol, jar, tube dari bahan kaca, plastik, akrilik
  • Stiker ataupun cetak atas botol
  • Kotak dalaman / kadbod
  • Shrink wrap
  • Aluminum foil, plastik bag, bag kertas

Sumber Bahan Mentah

Kilang kami mempunyai pelbagai jenis stok bahan mentah. Jika pelanggan memerlukan bahan khas, kami juga boleh mendapatkannya daripada pembekal seluruh dunia. Contoh-contoh bahan mentah yang mendapat tempat dalam pasaran sekarang adalah:

  • Stem cell
  • Peptide
  • Pitera (fermented yeast)
  • Vitamins (A, B, C, E)
  • Collagen
  • Plant extract
  • Hyaluronic Acid (HA)
  • Dan lain-lain lagi