Kilang OEM

Mengenai Kilang OEM

Kilang OEM merupakan sebuah kilang kosmetik OEM yang mengeluarkan pelbagai formulasi kosmetik, penjagaan kulit dan dandanan diri khas untuk anda. Lokasi kami yang terletak di Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia sangat mudah untuk diakses. Syarikat kami memiliki produk jenama sendiri dan mempunyai kepakaran dalam bidang servis pembuatan kontrak atau OEM. Kami mengeluarkan produk OEM berdasarkan reka bentuk dan spesifikasi pelanggan kami atau produk ciptaan terbaru mengikut idea pelanggan. Formulasi kami diiktiraf oleh JAKIM sebagai berstatus HALAL dan mengikut piawaian amalan perkilangan baik (GMP). Sebagai pengeluar produk kosmetik OEM terkemuka, kami mampu merealisasikan impian anda untuk memiliki jenama anda sendiri dengan formulasi yang inovatif, dan menjadikan anda seorang usahawan kosmetik terkemuka dan disegani.
Formulasi Sendiri
Bahan Semulajadi
Kepuasan Pelanggan

Testimoni

Servis Kami

Kami menawarkan servis untuk anda mencipta produk kosmetik jenama anda sendiri mengikut bajet anda. Sebarang konsultasi adalah percuma!
ODM / OEM / Perlabelan / Kontrak Pengilangan
Pilih dari formulasi kosmetik dan penjagaan diri sedia ada kami atau cipta formulasi anda sendiri. Kami di Kilang OEM memiliki kepakaran dalam bidang kimia dan bioteknologi yang bersedia untuk membantu anda menghasilkan produk yang anda ingini.
Penyelidikan / R&D / Testing / Pendaftaran
Kami di Kilang OEM juga melakukan penyelidikan dalam menghasilkan produk-produk kosmetik yang terkini. Setiap formulasi kami diuji dengan teliti dan menggunakan bahan semulajadi. Kami juga akan membantu anda mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan persijilan Halal dari JAKIM.
Penjenamaan / Pemasaran / Reka Bentuk / Pembungkusan
Pasukan pemasaran Kilang OEM kami bersedia untuk memberi nasihat dan cadangan yang kreatif untuk menaikan jenamaan anda dari beribu-ribu jenamaan di pasaran.

Hubungi Kami!

Kami di Kilang OEM bersedia untuk menjawab segala pertanyaan anda. Hubungi kami dengan segera!
Alamat
No.29, Persiaran Perindustrian Pengkalan 14, Kawasan Perindustrian Pengkalan, 31500 Ipoh, Perak, Malaysia.
Nombor Telefon
E-mail: sales@kilangoem.com Phone: +60194961931/ +60194731941

Lokasi Kami