FAQ | Kilang OEM

Apa itu OEM?

OEM atau original equipment manufacturer, ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk dalam kuantiti pukal untuk syarikat lain. Dalam erti kata lain, barang OEM adalah barang yang tidak mempunyai label atau jenama mereka sendiri, dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.

Mengapa memilih produk dari Kilang OEM?

Produk kami merupakan pilihan kebanyakan pengusaha kosmetik dan jutawan-jutawan kosmetik di Malaysia atas beberapa faktor seperti:

  • Segala urusan penghasilan produk diserahkan sepenuhnya kepada kilang pengeluar OEM dan pengeluar kosmetik tidak perlu bimbang.
  • Proses permohonan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan status Halal juga diuruskan sepenuhnya oleh Kilang OEM.
  • Minimum order quantity (MOQ) yang rendah dan bersesuaian dengan permintaan klien.
  • Reka bentuk pembungkusan dan teknik pemasaran juga disediakan untuk anda

Adakah produk Kilang OEM mengandungi bahan berbahaya?

Kami memastikan bahawa bahan-bahan yang kami gunakan untuk menghasilkan formulasi adalah 100% bahan-bahan semulajadi yang diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami tidak menggunakan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan hidrokuinon dalam produk kami.

Adakah produk dari Kilang OEM diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat status Halal oleh JAKIM?

Produk kami mendapat status kilang dengan amalan perkilangan baik (GMP) dan semua produk kami diwajibkan mendapat kelulusan KKM dan status Halal kami juga diyakini.

Berapakah minimum kuantiti order yang diperlukan untuk mengeluarkan produk?

Minimum kuantiti order kami adalah bergantung kepada permintaan klien dan jenis produk yang ingin dihasilkan. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.